: cerita hari ini :

Assalammualaikum wbt . Alhamdullilah , kita masih lagi bernyawa hari ni . Semoga hari esok masih ade untuk kita menjalankan tugas sebagai khlifah di muka bumi ini . Amen yaa rob . Hari ni seperti hari2 lain aku menjalankan tugas sebagai seorang student nurse , tp hari ni aku amat terkilan sekali kerana salah seorang dari patient dibawah jagaan aku sudah kembali ke rahmatullah pada petang td . Kami sudah mencuba sebaik yg mungkin untuk menyelamatkan nyawa arwah tersebut , tapi apa kan daya , andai itu takdir dan ketentuan nya , kami harus redha . Walau ape cara pon , kita tetap akan kembali pada nya . 
Sedih dan pilu hati ini ketika melihat wajah arwah buat kali terakhir . Lagi sedih melihat saudara mara arwah yang kesedihan . Masih teringat lagi , semalam arwah masih bole bergerak , tapi hari ini , arwah sudah tiada . Saya mendoakan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yg beriman .

Arwah didiagnos kan mengidap penyakit tumour , dan kanser dimana kedua dua belah paru2 arwah sudah dijangkiti . kerana itu , peratus utk hidup amat lah tipis . 

Jadi , jaga lah kesihatan anda . Kami sedia membantu jika anda memerlukan pertolongan . Cewah ! haha . :D 

1 comment :

  1. tak teringat or rasa takut ke nurse ? aku pulak yang seram kat sini .

    ReplyDelete