:: selamat hari ibu dan selamat hari jururawat ::

Assalammualaikum wbt 
Jawab salam itu wajib :)

Hai , haha . Lama kot tak update blog usang ni . Maklum lah , bz gn kehidupan duniawi semata mata . Haha . Tgok tajuk pon dah taw aku ni ketinggalan kann . Benda dah lepas , baru nak update . Huhu . Orang dah smpai London , aku baru nak g isi minyak . Ape2 pon , yang paling utama sekali , aku nak wish HAPPY MOTHER DAY TO MY MOTHER SALBIAH BINTI AB KARIM . Terima kasih mak kerana sanggup mengendong adik selama 9 bulan , dan sanggup bertarung nyawa untuk melahir kan adik supaya adik bole melihat dunia . Terima kasih mak . Segala jasa dan pengorbanan mak selama ini tidak terbalas hanya dengan wang ringgit . Hanya iringan doa dan kejayaan yang mampu adik balas untuk mak . Adikk rindu kan makk dan adik sayang mak sangat . Mak segala galanya bagi adikk . Walaupun dah 2 bulan adik tak balik rumah , mak hari2 call adik tanya khabar adikk , adik terharu sgat , mak ingat kat adik . Mak sentiasa tanya khabar adikk . Adik sedih sgat bila mak nangis adik tak dapat balik masa angah kahwin hari tu . Maaf ye mak . 
Adik sayang mak sgat sgat . ilove u mom . 


Dan untuk yang kedua , aku nak wish SELAMAT HARI JURURAWAT KEPADA SEMUA JURURAWAT SEKALIAN ALAM . Haha . Tahun ini adalah tahun pertama aku diraikan sempena hari jururawat even sambutan nya hanya lah kecil kecilan sahaja . Huhu . Terima kasih kepada yang wish . Eceh ! Terharu plak ade org ingat kat kita kan . Uwekkss ! Sila muntah . Haha . Sebenar nya aku tak kisah pon ade org wish ke tak , aku ihklas dalam memberi rawatan kepada org yang memerlukan . Nama pon jururawat kan , so kerja aku mmg merawat lah . Kepada semua jururawat , biar lah kita dipandang rendah sekali pon , tp disebalik semua itu , pekerjaan yang kita lakukan ini adalah satu pekerjaan yang mulia dan bukan semua org mampu melakukan apa yg jururawat mampu lakukan . Ini lah keistmewaan seorang jururawat . Hehe . Ecece . Promot nampak kan . Tapi sebenar nya , setiap pkerjaan ade keistimewaan masing masing juga kan . Tapi nasihat aku , klu nak jadi seorang jururawat atau doktor , anda perlu menjadi seorang yang kuat dari segi mental dan fizikal kerana anda akan berhadapan dengan kematian dan kelahiran setiap hari . Jengjeng . Lalala .

Okee2 , cukup . Aku dh penad . Esok kerja . Aku nak berehat . Selamat malam and have a nice day . Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Jururawat :D 


No comments :

Post a Comment